Monday, October 21, 2013

Hanya...

Kadang-kadang apa yang kau perlukan cuma satu peluang..
Tapi peluang; sayang kau peluang; selalu dibuang, dicampak bagai sampah.
*angkat-angkat kening; tersenyum sinis*
Kau bagai tiada nilai.
Selayaknya yang tak ternilai menjadi tiada nilai.
Banyak beza dia tu..

"Ye, nah aku bagi kau peluang tu. Ingat, sekali kau buat taik lagi, sekali taik balik aku bagi dekat kau.."

--dia tersenyum--

"Nah, pinky promise sikit.."

--dia tersenyum lagi--

Aku?

--dalam hati--

'Jangan buat hal hati, pernah rasa kena tibai jurus padang berapi-api?'

Kini...

Senyuman itu. Dulu bahagia aku melihatnya. Dengan anyaman kasih; aku ulum senyuman kembali untuk kau..

"Weh, aku sayang kau besaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaar ni...."

*dia berlari dari hujung jambatan, ke hujung jambatan yang sana*

"Doh, cukup kau saja, buat dunia aku nampak bagai gedung bintang takyah berbayar.."

--aku tersenyum--

'Ah manis betul kau ni...'

Kini...

Kini yang tinggal hanya kenangan. Peluang yang aku beri kau hempas ke batu. Pecah. Berderai. Begitu juga hati aku. Cilaka kau hati. Lembik. Cilaka kau cinta. Kerana kau, hati aku jadi korban. Kerana bahagia kau seorang, jiwa aku jadi galang ganti. Kerana kau cinta, jiwa menjadi dendam. Rela sendiri. Kerana kau.

'BAHAGIA KAU KINI??'

--jerit aku dalam hati--

Di tepi jambatan itu; aku bagi kau peluang.
Di tepi jambatan itu; hati aku, kau cincang.

Waktu itu...

"Weh, nah.."

--aku sambut sampul pipih itu--

"Maaf..'

--mata aku hujan--

Dari jauh aku nampak dia pergi. Makin jauh. Jauh. Jauh.

'Mungkin kau bukanlah jodohku, atau bahkan bukan takdirku...'

--berlagu perlahan dalam hatiku--

UNDANGAN PERKAHWINAN

Sang Pujaan Hati
dan
Si Kekasih Sang Pujaan Hati

 Kini...

--aku pandang di hujung jambatan sana--

*senyum*

Moga kau bahagia dengan dia wahai Sang Pujaan Hati. Aku tak apa. Aku terluka; aku sudah biasa; aku sudah lali.

--di hujung jambatan itu--

Terlihat sepasang jiwa.

Bahagia.

--di sini, seorang juga, masih seorang; tidak mengapa; sudah biasa; sudah biasa--

2 comments:

Cik Mokmok said...

Kau baca hati aku ke hape???? Haha

aisyah . said...

Hahahahhahahaha!!!!!! Well well