Monday, November 4, 2013

Kasih tu wujud laaa...

Bangun,
Tk semua boleh bangun dan berjalan.
Tk semua boleh bangun walau merangkak adalah pilihan yang tinggal.

*sengih ujung bibir*

Kita kuat, cuma kita tk sedar.
Kita rela duduk di sudut bilik,
Tk buat apa2..
Dengan harapan,
Ye...
Dengan harapan hidup yang gelap bertukar terang dengan sendiri..

*Ketuk kepala sendiri*

Ye..
Dulu aku bodoh,
Aku lupa pencipta aku..
Sebab aku ingat aku paling sedih dalam dunia.
Tp satu hari..
Anak kecil tepi jalan mintak duit..
"Kak, lapar, dah seminggu tk makan.."

*menitis air mata jantan tina*

"Nah dik, amik ni, beli sirap sebungkus, nasik, lauk ayam dengan kicap.."

*Aku sengih lagi*

Bangun,
Ramai lagi yang susah.
Ramai lagi yang derita.
Walau hanya meminta adalah pilihan terakhir.
Sekurangnya dia usaha.
Aku?
Masih disudut bilik.
Meratap nasib.
Lupa yang tuhan itu Ar-rahman, Ar-rahim..

Salam Awal Muharram :)

Monday, October 21, 2013

Hanya...

Kadang-kadang apa yang kau perlukan cuma satu peluang..
Tapi peluang; sayang kau peluang; selalu dibuang, dicampak bagai sampah.
*angkat-angkat kening; tersenyum sinis*
Kau bagai tiada nilai.
Selayaknya yang tak ternilai menjadi tiada nilai.
Banyak beza dia tu..

"Ye, nah aku bagi kau peluang tu. Ingat, sekali kau buat taik lagi, sekali taik balik aku bagi dekat kau.."

--dia tersenyum--

"Nah, pinky promise sikit.."

--dia tersenyum lagi--

Aku?

--dalam hati--

'Jangan buat hal hati, pernah rasa kena tibai jurus padang berapi-api?'

Kini...

Senyuman itu. Dulu bahagia aku melihatnya. Dengan anyaman kasih; aku ulum senyuman kembali untuk kau..

"Weh, aku sayang kau besaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaar ni...."

*dia berlari dari hujung jambatan, ke hujung jambatan yang sana*

"Doh, cukup kau saja, buat dunia aku nampak bagai gedung bintang takyah berbayar.."

--aku tersenyum--

'Ah manis betul kau ni...'

Kini...

Kini yang tinggal hanya kenangan. Peluang yang aku beri kau hempas ke batu. Pecah. Berderai. Begitu juga hati aku. Cilaka kau hati. Lembik. Cilaka kau cinta. Kerana kau, hati aku jadi korban. Kerana bahagia kau seorang, jiwa aku jadi galang ganti. Kerana kau cinta, jiwa menjadi dendam. Rela sendiri. Kerana kau.

'BAHAGIA KAU KINI??'

--jerit aku dalam hati--

Di tepi jambatan itu; aku bagi kau peluang.
Di tepi jambatan itu; hati aku, kau cincang.

Waktu itu...

"Weh, nah.."

--aku sambut sampul pipih itu--

"Maaf..'

--mata aku hujan--

Dari jauh aku nampak dia pergi. Makin jauh. Jauh. Jauh.

'Mungkin kau bukanlah jodohku, atau bahkan bukan takdirku...'

--berlagu perlahan dalam hatiku--

UNDANGAN PERKAHWINAN

Sang Pujaan Hati
dan
Si Kekasih Sang Pujaan Hati

 Kini...

--aku pandang di hujung jambatan sana--

*senyum*

Moga kau bahagia dengan dia wahai Sang Pujaan Hati. Aku tak apa. Aku terluka; aku sudah biasa; aku sudah lali.

--di hujung jambatan itu--

Terlihat sepasang jiwa.

Bahagia.

--di sini, seorang juga, masih seorang; tidak mengapa; sudah biasa; sudah biasa--

Sunday, September 22, 2013

Syukur

Assalamualaikum dan salam salam buat readers semua. Eh aku ade readers ke? Hahahaha dh lama kan kau tk update blog? Kononnye nk buat cerpen la ape laa, last2 semua harapan j.. Ade j draft, tp tkde mood nk smbung. Yelah, after all hardships yg aku harung, mood seakan akan tenggelam timbul seperti kertas pasir di tepi tasik... Tp dgn doa dan dorongan family, kwn2 yg mmg awesome sbb selalu ade dgn aku, *menangis tepi meja* alhamdulilah! Berjaya masuk UKM. Walaupon, bawah rayuan, tk kisahlah, janji ada tempat. Kan?

Syukur sgt. Betullah ape Allah ckp, bila di uji, jgn pernah lupakan Dia. Dia akan selalu tolong kita. Sabar dan terus sabar, mula2 mcm tk percaya, yelah, putus harapan la kan, hmmm mmg teruk aku ni.. Tp korg2 semua cinta hati aku semua selalu bg semangat. Thanks korg. Hanya Allah dpt balas jasa korg. Amin...

Kt UKM ni, aku dpt Kampus Bangi. Course ELS (English Language Study ke Studies) atau BM nye Pengajian Bahasa Inggeris. Dekat gak lah dgn rumah. Naik KTM Bangi, turun kt Seremban. Tk pon, Sg. Gadut. Waaaa dekat! Boleh balik selalu :)

Roommate?
Roommate aku best! Dia sgt baik, byk ckp, dan paling utama, sgt cantik. Insikyo tau kite LOL.
Nnti aku pos gambar dia. Haha

Environment?
UKM sgt besar. Insyaallah, lg 3 tahun mungkin aku boleh sign in RATU CANTIK sbb dh kurus LOL LOL LOL.

Okay cukuplah sampai sini. Insyaallah kalau ade masa, aku menaip lg. seriusli aku rse aku dh hilang sentuhan menulis. Aku rse aku dh tk coolio mcm dulu. Pengaruh umur? Mungkin aku dh matang. Ekekekekeee.

KBAI.

Tuesday, July 30, 2013

19 nombor saya

adakah melampau aku biarkan phone aku bercaj penuh dgn harapan ramai call dan wish..

SELAMAT HARIJADI

AMEERA AISYAH

19 YEARS OLD AIN'T A BIG DEAL MEH

LOL

30 JULAI



Salam 19 Aisyah,
Salam 19 Shya,
Salam 19 mereka yg seusia.
Moga lebih matang.
 
Bangkit bila jatuh
Bangun bila rebah,
Jangan biar diri terdedah,
Tipu daya syaitan hatta manusia.
Kita kuat dgn adanya DIA.



Hidup jangan menongkah langit.
Pandang bawah..
Ya bawah.
Sebab dari bawah (tanah) asal kau
Dan
Kepada bawah (tanah) kau kembali...

-aisyah-

*nota kaki, wah dh besaq, dh boleh kawin? kan?

Thursday, May 30, 2013

Ni nk habaq...

Kisah uda dan dara VERSI AKU DAN KAMI akan dipasarkan...

tUnGgU :)

Yihaaaa!

Cuti yg membosankan.. Ni dh masuk 2 bulan aku cuti. Ngeee boring tahap giga. Tp kira okaylah. Amik lesen kereta.. Part ni yg aku seronok sgt ni. Walaupon kalau nk dikira, antara aku dgn kwn2 yg lain, aku yg paling lewat sekali. Alaaaa tk kisah pon. Mak abah aku risau aku ligat j nnti nk kluar. Aku kan keturunan tapak btaik lalat. Katanya org tua, tapak kaki btaik lalat ni jauh dia bjalan. Tk tau lah kalau literally nye, mksud mgkin aku ni kuat bjalan atau selalu mnjengah seberang laut aka overseas? Or secara between the line nya jalan aku jauh kalau nk menuju 1 kejayaan? Means byk halilintar, ribut, taufan, jalan bengkak bengkok, roadblock mahupon tanah runtuh. Mungkin? Siapa tahu kan? Cerita kita Allah dh siapkan.. Tgk kita j nk hadapi dia mcmne...

Selama cuti ni, tkde ape sgt pon yg dibuat.. Bangun tido, cotcetcotcet tolong mokyong kemas rumah, mak abah kerja, adik2 sekolah, masak utk lunch yg kdg2 aku kne masak buat dinner sekali (riang hati mak aku tk payah masak -,-) Cuti yg nothing...

Sampailah bila detik mcm2 result keluar.. Dr result USM -> MUET -> FINAL -> MEDSI -> UM -> UKM -> UiTM sampailah UPM yg aku idam2 kan.. Hmm 1 pon tk kena. Kecewa dia level kau nk makan garpu pakai hidung. Weh! Kecewa la opkos.. Tp berkat doa mak bapak, keluarga, kawan, doa aku sendiri, alhamdulilah, kini aku bebas dr rasa down yg kalau kira aku nyaris tk percaya takdir dan syukur, I found Him again and again :)

Cukuplah kisah fasa mukadimah, meh bganjak ke cerita hati dan perasaan..

Okay mcmni.. Entahlah mngapa nye tah hati aku ni sedikit gundah gulana. Tkde kene mngena dgn cerita sebelum ni.. Betul.. Gundah gulana. Hati serba tk kena. Sampai perut aku meragam2 fikir hal ni yg sbnrnya tkdelah aku fikir sgt pon.. Tiii....Pu... Tipu! Kalau tk fikir tkde aku upside down mcmni kan? Ahhh pesetankan! Rasa nk off phone, malas nk layan semua orang hatta nk jwb mcj dr  nmbor yg unknown pon dh mls. Kalau dulu dpt mcj or miscll dr unknown number laju j aku reply balik..

"siapa?apa mau?"

Amboi ganas tk I? Haha bukan ape.. Buat2 kne prank tk ke malu? Tp sekarang mmg malas. Agaknya sejak dpt kes abg polis tu, mmg scary habisan la aku.. Abang polis? Hahaha yada yada and the rest is history. Tp sungguhlah hati tk tenteram, mcm ada kes berkait yg mintak diselesaikan, bg kata putus, titik, NOKTAH. Masalahnya tkde sumber inspirasi nk diselesaikan mcmne. Aku tk tahu nk cerita kt siapa. Even aku ada kwn2 yg sudi jd pendengar, jd penyumbang skrin telepon nk tahu hikayat hati aku yg dh bselirat mcm sarang lelabah kt gunung ganang Tibet tu. Ttibe tk trase nk bcerita. Pelik kan aku tknk bcerita? Ye ye aku pon naik pelik dgn diri aku ni..

"Kejar kau ni mcm kejar bayang2.. Seronok. Mmg seronok, tp bayang2 j lah aku dpt.. Bayang2.."

Yeke? Hmm aku rasa selamat kot kalau mcmni.. See right there? Nmpk tk line tu? Sampai situ j limit. Aku tknk tsungkur jatuh cinta tk cukup kredit lg. Enough is enough. Sudahlah. Puas aku fikir.. Okay?

Okay post luar alam. Sekian terima kasih. Aku pelik? Sue me. Im proud of it.

Wednesday, May 29, 2013

Kadang-kadang...

KAU NAK SANGAT MAKAN AKU PUNYA SARKASTIK? HAAA NAH AMIK,


TAK TAHU LAH PULAK KALAU ORANG HEBAT MACAM KAU ADA KUASA SAMA BESAR DENGAN TUHAN UNTUK MENILAI BAIK DAN BURUK MANUSIA..

APA BESAR SANGAT KAU DAH BOLEH TAHU ESOK LUSA PENAMAT KAU SYURGA KE NERAKA?

APA HEBAT SANGAT KAU KALAU KAU HIDUP MENDABIK DADA KONON KAU PALING HEBAT DALAM DUNIA. JANGAN CAKAP KAU SOLAT PENUH, PUASA TAK TINGGAL KAU DAH CUKUP HEBAT NAK COP...

"weh, kau ni ape jenis manusia? tk pernah aku nmpk kau cium tikar sejadah?"

MANA KAU TAHU DIA TAK PERNAH CIUM TIKAR SEJADAH? IBADAH TU KALAU BOLEH MMG NK TUNJUK DEKAT SMUA ORG KE MACAMNE?

Aku menulis apa aku rasa, baik buruk manusia bukan diukur pada tinggi serban kau, labuh mne hijab kau, kau kalau indah sgt pakaian tp ayat harian kau masih berlandaskan sial dan bangang, apakah itu indahnya ISLAM?

Aku sedar aku hanya manusia biasa, buat salah mmg hobi aku. Aku mmg tk sempurna nk banding anda2 semua yg belajar agama sampai kelas atasan, weh, PAI aku wktu SPM A j.. Mmg tk lawan ilmu kau..

Aku brckp dr hati, kdg2 aku rasa kesal dgn segelintir manusia yg tahu nk crik salah org. Well, enough said, aku selalu jugak buat benda tu sbb aku rsa aku dh baik sgt dgn hanya mmbaca senaskhah buku agama. Aku rasa aku ni dh cukup alim la khatam 1 buku agama.. Aku rasa aku dh cukup perfecto jurus gajah meniti titi bila hbis tgk 1 ceramah agama. Sbb ats rsa dh CUKUP BAGUS sgt dgn 1 benda tu, aku judge org suka suki aku.. Padahal, bak kata org cerdik pandai, 1 jari tunding salah org, 4 jari tunding salah sendiri.. Mmg jari jemari tu kne balik kt diri sndiri.. Contoh bila dh msuk 1 halaqah dgn memember, konfem la bukak gerai ketupat jap, tk byk pon, ade la 2 3 story, pling lama pon 5 minit.. (aku buat sbb tu aku berani ckp..) Contoh, couple.. Paling mudah la sng ckp sbb hihihi semua ade rse kot.. Haaa, dok lah ckp, bdk ni couple tukar2 cotcetcotcet, bdk ni dating tgk wayang cotcetcotcet bdk ni dulu stok ulat buku, laaa ni dh jd stok fly memalam cotcetcotcet, culture shock kot bdk ni cotcetcotcet... Haaaa! See, buat conclusion sndiri, buat dosa lg sbb ngate org, mmg la bnde dia buat tu mcm tk kne kan, but then, mgkin ada reason dia. Apa kata kita ajk dia pekena sirap ais, tanya  

"asal kau jang/milah jd mcmni? ade masaelah, cito la kek den.."

Dgr, dan hadam, baru buat konklusi. Bukan membabi buta dgn ilmu secetek lopak air lps hujan dan kau dah pepandai buat andaian. Kita manusia tk lepas buat dosa. Dosa dgn DIA, carik sejadah, mintak ampun. DIA Maha Pengampun, Maha Mengasihi, Maha Penyayang. Dosa dengan manusia, selesai cara baik. Memaafkan dgn ikhlas salah manusia bukankah perkara yg dituntut para sahabat ku sekalian?

Dari sibuk bercakap, marah2 komen2,tweet2 baik kau bangkit, bangun dari lena kau yg panjang, tu air liur dh level sungai amazon, bangun weh bangun. Masih ada masa. Sampai bila mahu terlena? Bila ajal ada depan mata baru nk sedar langit tu tinggi ke rendah? Jgn lihat siapa yg menegur, jgn lihat buruknya dia. Hidup kena positif, baru nmpk nikmat hidup kt bumi ALLAH yg luas trbentang ni :)

Aku mintak maaf andai aku mcm ckp lebih sudu dr kuah. Aku sedar diri aku siapa. Aku menulis bukan sbb nk carik gaduh. Kalau ada yg tk kena dgn penulisan aku, mohon tegur aku dgn baik. Aku bukanlah manusia berhati batu tk boleh langsung terima nasihat org sbb aku pon manusia. Ada hati, disentuh secara lembut, maka lembutlah tindaknya, disentuh secara kasar, maka? Fikirlah, anda juga manusia. Ada hati ada perasaan. Thanks ^^




Monday, May 20, 2013

sereba salah

Itulah manusia bernama aku. Bila dah marah baru rasa menyesal. Okay aku serba salah dengan post yang sebelum ni. Walau rasanya tkde pape sangat pon. Tp tk tahu lah rasa bersalah hmmm bersalah.

Aku tk patut merungut. Merungut tu macam tk boleh terima hakikat u,u

Hmm berhenti menjadi orang yang konon sempurna Aisyah..

Arghhhhh!

#NowFeeling

Assalamualaikum yaa kanak2 semua, readers (ade ke readers aku?) Lama kan tk update, sebenarnya, banyak sangat aku nk story mory, tp sebab kekangan masa yg sebenarnya tkdelah kekangan sgt, lebih kepada malas rasanya.. Ye, betul MALAS. Sebab tu r blog sunyi, sampai la semalam ttibe si Rurur tu nk baca blog aku, so tdetik laa nk update. Thanks Rurur sbb igtkan yg aku masih ade blog haha!

So, mcm yg kau org tahu, aku dh habis asasi, mmg tk buat pape skrg.. Tunggu j lah memane yg aku dpt.. Hakikatnya, 1 tawaran pon aku tk dpt lg.. Sedih? Tipu r tk sedih.. Result aku mmg la tkde gempak mne mcm memember aku yg lain, tp as long as ats 3 kan bagus tu. Kau igt sng nk maintain 3 tu ke haa???! Mmg la org ckp...

"Alaaaa, tkkn amik TESL pon kau tk boleh score? English j kot.."

"TESL senang kan? English, mesti boleh dpt 4flat.."

"Kau amik TESL? Kau boleh go on ke?"

Ye, mereka yg ckp mcmni, cuba kau masuk kelas TESL ni, tk pyh ckp laa, setiap subjek ni, masuk sekali j kelas dia, baru kau tahu sng ke tk.. Lg2 manusia mcm aku yg bukan guna English tu sbgai bahasa harian kt rumah... Susah wehh, susah.. Dpt kekal 3 pon dh bsyukur sgt... Alhamdulilah, asasi aku masih kekal ats 3 :)

Then, back to story, aku ada laa mohon bbrape u utk aku sambung pengajian aku ke degree, mcm UiTM, USM, UKM, UPM, UIAM, UniSZA, tu kan... Dukacita nye la kan, 1 pon tk panggil aku.. Sedih weh, sedih.. Bila dianalisis kembali, adakah sbb aku tk dpt MEDSI? Mungkinla kot.. Mungkin, tp hidup mesti diteruskan.. Allah knows better kot.. Semua tahu. Tp semua nk ignore.. Termasuklah si tukang pembuat cerita ni..

Tipu lah kalau aku tk jeles member2 aku yg lain dpt sampai 2 3 4 interview yg mmg aku nk sgt.. Aku syukur dan gembira ats kejayaan dorg. Yeah! They deserved it. Dorg rajin dan sgt bright.. Aku malas dan agk malap.. Tp kdg2 tu aku kesal gak la dgn segelintir manusia yg boleh dikatalogkan sebagai tk bersyukur kt mata aku... Tp tu hak dorg, aku okay j. Kau tk kacau hidup aku, aku tk kacau hidup kau. Tp tolonglah jaga sensitiviti masyarakat sekeliling kot.. Ni nk masuk MEDAN BENGANG kejap..

KAU DAH DAPAT TU SILA LAH SUJUD SYUKUR MANUSIA OIII! AKU NI USM, UKM, UM, UITM, UIAM, UNISZA MEDSI SATU PON AKU TK DAPAT BOLEH LAGI JAGA SENSITIVITI MANUSIA SEKELILING.. WEH, ONE WORD, SYUKUR. BOLEH?

Okay lega sikit. Jgn bash aku ehh.. Aku tulis apa aku rasa...
Siapa makan cili, sila rasa pedas, siapa cium taik, sila rasa busuk. Tk begitu rakan2 ku yg bijaksana lg hebat? Kan, sng j, berigt, tk semua org bnasib baik mcm kau org ^^

Ape2 pon, masih ada 1 lg uni yg tk bukak lg result temuduga dia.. Yeah, UPM.. Even ada yg dh tahu result UPM tu. Tp aku ttp tggu 21 May 2013 which is ESOK. Aku harap aku dpt tmpat kt situ walau aku tahu peluang aku tipis nk dpt, tp aku still berharap. Sbb tk salah berharap, selagi benda tkde depan mata, apa pon boleh terjadi kan? Allah tu power, dia boleh tukar papepon yg Dia nk sekelip mata j. I trust Him and I do..

Doakan aku sahabat yang baik..
Doakan rakan2 aku wahai mereka yang sudi..
Mereka juga berhak berasa bahagia..

Maafkan aku  pembaca,
Andai ayat ada menyinggung dan menyungging perasaan serta hati anda semua,
Saya tahu saya tidaklah sehebat anda semua dalam berbicara..

Maafkan saya maafkan saya maafkan saya. Semoga anda berjaya dalam hidup, ohh kepada member yang sedang atau akan menghadapi temuduga, saya doakan anda buat yang terbaik. Pastikan ada tempat utk kau org disana :D

Love, Aisyah

Monday, April 22, 2013

Mine

Dua semester kita bersama. Memang kalau ikut tahun, tk smpai setahun pon kan? Tp mcm2 yg kita kutip..
Yg sedih, yg gembira, yg lawak, yg masam, yg manis. Tk payah cerita lahh, mmg byk sgt. Sbb kalau story lebih pon bukan ada org baca. Alaaaaa, lepak laaa, bkn buat blog ni utk org baca pon kan? Utk suka2. Kira mcm diari? Oihhh gilaa tulis blog kt public. Hahhaha, tp betul lah, UITM KUANTAN, mcm2 yg aku dpt kt sne. Kwn baru, dr sabah ke sarawak, dr perlis jauh sampai johor. 1 malaysia gitu.. bukan senang kan nk kutip kwn ni. Lain la social network tu. Lain cerita dia dlm fb dgn twitter dan segala-galanya. Ye...


LAIN GILA!
Lain sgt..
Contoh, ada sorg ni, nama dia NURUL SYAHIIRAH HISHAMUDDIN aku pggil Shya j. Korg tahu kan aku dulu memanah, ke tk tahu? Ahhh kisah pulak. Hahha, rupa-rupanya dia ni selalu j pg tournament yg aku prgi, tp tk prnah tsrempak. Mungkin pernah, tp tk igt? Yelah, baik aku usya balak kan kihkihkih. Yelah, dia dr sekolah mane pulak. Tk brani kitewww nk tegur woihh! *down kejap* Sekali bila jumpa kt Kuantan tu, trapat. Mcmna trapat? Sbb ktorg exchange kelas. Firstime ckp ni. Maluuuuu u,u Kenal punya kenal, makan sama2, semua sama2 la kan.. Atotototo, mucan. Eh tkdelah hihi. Lpstu, sem 2 dia pindah floor bwh pula aka floor aku. Dduk dpn bilik aku. Makin rapat. Borak punya borak. Trkeluar psl alaaa, ehem ehem dia dedulu, alamak! Sekali aku prnah trcrush pulak dgn ehem ehem dia dulu. Bapak kecik dunia ni! Alaaa aku ni byk crush la pulak. Mcm korg tk tahu. Kalau boleh semua laki tu kalau boleh aku nk suka. Suka tkpe kan? Mata keranjang jugak ke tu? Tk kan? Tk lah tk lah.. Lagipun,

"Tak salah nk suka ramai orang, tk salah nk sayang ramai orang, yg salah kau cinta ramai orang."

Ke salah? Tk kisah la pon, aku menghargai ciptaan Allah yg indah2, sbb tu aku cepat suka orang. Tp takat suka laaa, tkdelah smpai jatuh syg, mandi tk basah, tido tk lena, makan tk kenyang sbb kalau tk kenyang tkdelah aku gumuk mcm kerbau ni. Okey?

Ni nasihat aku, kalau kau suka org tu, kau beritahu dia... Contoh..

1) Bukak fb (bg yg ada fb) bukak twitter (bg yg tkde fb)
2) Carik org yg kau suka tu punya fb or twitter
3) Bukak IM or DM dia..
4) Taip, "saya suka awak, lama dh saya pandang awak ni. tp malu nk cakap depan.."
5) Lari dr notebook/desktop/tab/ipad/iphone/samsung/nokia/SE/telefon rumah (bg yg guna khidmat pesanan suara) dan etc.
6) Tunggu respon
7) Kalau positif (bwk2 buat sujud syukur)
8) Kalau negatif (tkpe, atleast kau berani mengaku dan doa supaya crush kau jatuh longkang sbb tk bls kasih kau! Kahkahkah! Tkdelah, bak kata mak aku, kumbang bukan seketoi, bunga bukan sbijik.)

Ingat ni...

Sedangkan suami isteri pon bercerai berai, ni kan pulak, pakwe makwe, tunang munang, dan seangkatan dengannya! Selagi dia bukan hak org lain yg sah, kau still ada peluang! (Ex-rumet,2012)

Ohhh dan ini btw, aku paling tk suka bila og putus aso!

" Tkpe, aku lepaskan dia pd org lain, he/she deserves someone better.."
" Aku bahagia tgk dia bahagia dgn org lain.." << Padahal dlm hati dok menangis, makan tk lalu, result hancur, hidup tbarai..

WAKE UP BRO/SIS! IT IS NOT THE END OF THE WORLD. KALAU SUKA CAKAP! TK PAYAH MENGALAH, BAIK MASUK KEPALA DALAM BOWL FLUSH 12 KALI MACAMTU!

Adat la kene reject, aku pon pernah kene reject.. Cool j smpai skrg :)

See?

Goodluck kau org ^^

*Aku tk tahu asal aku menaip sampai tbabas babas masuk story lain. Hahaha

Tuesday, January 15, 2013

Blissfully Ameera

If by loving you,
will make you hate me,
then,
I'll away from you.

So,
The best option is to keep silent
and stay away from..
YOU..
I hope you will happy as
HOW I AM HAPPY TO LOVE YOU FROM....


 

HERE...

Ignore the error(s)..

Hmm, I like you. Do like you much. Dh lama sgt tk syg org mcmni. Ye, syg mcmni laaa.. Hmm, sedih kan? *sambil dgr lagu Right Here Waiting For You* Okey cukuplahhh... Cukuplah pandang kau dr jauh j :")

Lastly,
 







Wednesday, January 9, 2013

Ini semester baru :)

Assalamualaikum...

huuuuu sirius dh lama gileee tk update blog ni. sorry readers, kind of busy gilaaaa *joget sotong*. sebenarnya baru jumpa password blog ni. sekian lama mencari, finally, walahhhhh! kakyong kaki bantai dtg mnyerang. sbnrnye byk gila benda nk taip. tgn mmg gatal gilesss la kan nk mnekan2. tp tulah, tk mngizinkan pulak nk mnaip. okey done here. *tenyeh kpala*

lg satu, bila elaun nk keluar???! ahhh seteres, specs hilang, buta seketika aku.. hmm okey kbai.

sekarang aku ada kt semester 2 for my foundation in TESL.. Ah!! ssah kau tau! dgn MUET lg. Oh MUET aku sgt tk mmbanggakan smpai aku tpikir, betul ke aku ni bdk TESL? asl result teruk sgt? rse nk quit TESL and amik kulinari bak kata Judin. Ahh, dia tuu. Hahaha.. tp bila aku pikir balik, result mungkin yg paling sesuai dgn usaha aku, my past.. perhaps? then ttibe trigt ayt miss meow,

"Apa yg awk dpt adalah ats kifarah dosa awak yg lepas, terima j lah. Allah nk ajar awak apa makna bsabar dan redha apa adanya.."

Ohhh, baru skrg aku paham. kecewa mmg kecewa smpai aku rse nk quit j tesl ni. nangis? hard for me to cry. yeahh, its just not me to cry but i really cant accept it. so annoying kan? yelahh, sbb aku dh kecewa wktu spm dulu, tkkn foundation ni pon nk kecewa jugak? sumpah aku tk sggup tgk muka mak abah. sedih r. aku ank sulung kot. kalau aku bukan contoh yg baik, mcmne adik2 aku nnti? faham tk bnde yg blegar kt kpala aku ni? kesian kan? tkyh kesian laaa. tkde pape pon. tp aku ada kwn yg selalu support aku.

Leen, Cimin, Iylia, Shya, Dina and all my besties here and there, Kuantan, and Jempol, utara, selatan, timur dan barat, alam maya atau realiti. Anda semua adalah penyokong sy yg paling hebat. Love youuu :)  

 Quotes  Tumblr on Cute Love Quotes For Tumblr  4

And you there, bakal belayar di sana, kau ttp penyokong tegar aku. Will miss you. Sumpah Mimi aku akan rindu kau ^^

Quotes  Tumblr on Tumblr Love Quotes From Tumblr  Xanga  Weheartit   Love Quotes Tumblr

Mami and abah, along akan cuba yg terbaik, biar kurus, biar serabai, yg penting along akan buat sehabis mampu utk dpt masa depan yg trbaik, utk jd contoh tbaik utk Affiq, Ariff, Ila and Alin. 

So last but not least, here,